TAKLIMAT KESELAMATAN DAN PENCEGAHAN KEBAKARAN SECARA ATAS TALIAN

Aktiviti terkini | 26 Jun 2020

Tempat Aktiviti:
Pi Kg Pandan

Tujuan Aktiviti :
• Taklimat ini adalah untuk berkongsi maklumat tentang langkah-langkah keselamatan dan pencegahan kebakaran serta teknik-teknik menyelamatkan diri dengan lebih efektif.

Butiran Aktiviti :
• Untuk pengetahuan pihak tuan/puan, mengikut statistik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia sebanyak 24,767 kes telah dicatatkan bermula Januari sehingga April 2019.
• Dalam erti kata lain, setiap satu jam terdapat 8 hingga 9 kes kebakaran yang sedang berlaku di Malaysia.
• Majoriti kes kebakaran yang terlibat adalah seperti lintar pintas, kebocoran gas, kebakaran kenderaan dan lain-lain.
• Tambahan pula, dalam masa enam bulan pertama tahun ini sahaja telah belaku sebanyak 280,000 kes kemalangan jalan raya di Malaysia.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :