FB LIVE : SEMBANG SANTAI HALATUJU SELEPAS SPM BERSAMA CIKGU ASMA’ BINTI AHMAD (GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING)

Aktiviti terkini |19 Jun 2021

Tempat Aktiviti:
Dalam Talian (Facebook Page)

Tujuan Aktiviti :
• FB Live gabungan empat PIK iaitu PIK Felda Bukit Sagu , PIK Kg Pandan, PIK Kg Ubai dan PIK PAKR Panching bersama dengan penceramah Cikgu Asma’ yang merupakan seorang Guru Bimbingan dan Kaunseling.
• Perkongsian kali ini dengan tujuan memberi gambaran kepada lepasan SPM halatuju mereka selepas mendapat kepuusan SPM.
• Pelbagai info dikongsi oleh Cikgu Asma’ seperti pemilihan IPTA/IPTS, pinjaman pendidikan dan lain-lain.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• FB Live selama sejam setengah diselitkan dengan soalan-soalan dari pengurus-pengurus PIK yang terlibat.

Kebaikan / kelebihan aktiviti :
• Menjadikan sosial media untuk berhubung dengan penduduk setempat sepanjang pandemik Covid-19.
• Mempertingkatkan lagi penggunaan sosial media dalam kalangan penduduk setempat.
• Memberi info kepada ibubapa dan pelajar-pelajar lepasan SPM 2020.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :