LIVE FB : PENAMATAN RANGKAIAN 3G @ 3G SUNSET

Aktiviti terkini |16 Oktober 2021

Tempat Aktiviti:
FB Page Pusat Internet Komuniti Kampung Pandan

Tujuan Aktiviti :
• Memberi pendedahan mengenai penamatan rangkaian 3G yang akan berakhir pada 31 Disember 2021.
• Secara tidak langsung menjawab serba sedikit persoalan yang sering diajukan berkenaan dengan penamatan rangkaian 3G.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Program ini diadakan secara dalam talian menggunakan platform Facebook Live.
• Antara intipati program adalah seperti Frequently Asked Questions (FAQ) berkenaan dengan 3G Sunset.
• Program melibatkan pengikut-pengikut Facebook Page Pusat Internet Komuniti Kampung Pandan.

Kebaikan / kelebihan aktiviti :
• Boleh diakses secara dalam talian.
• Dapat memberikan pendedahan kepada komuniti setempat berkenaan 3G Sunset.
• Secara tidak langsung dapat membantu mereka yang masih tidak tahu akan perkara ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :