SIRI WEBINAR PROGRAM PENERIMAGUNAAN DIGITAL MDEC DI PEDI

Aktiviti terkini |21 April 2022

Tempat Aktiviti:
Zoom Meeting

Ringkasan Aktiviti :
Siri Webinar dari pihak MDEC ini bertujuan untuk menerangkan sedikit sebanyak tentang penerimagunaan digital MDEC di PEDi seluruh Malaysia yang mana akan membantu para usahawan, khususnya usahawan IKS dalam meningkatkan lagi hasil jualan mereka melalui platform e-dagang.

Tujuan Aktiviti :
• Memberi pendedahan kepada para petugas PEDi tentang penerimagunaan digital MDEC di PEDi itu sendiri.
• Berkongsi maklumat berkenaan program-program yang akan dilaksanakan di PEDi yang terpilih mengikut fasa yang akan ditentukan oleh pihak MDEC.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Siri webinar ini mengetengahkan tentang program-program yang telah membantu para usahawan IKS dalam meningkatkan hasil jualan mereka.
• Antara intipati siri webinar ini adalah slot penerangan dari wakil syarikat Meta (dahulunya dikenali sebagai Facebook) berkaitan dengan WhatsApp Business.


Kebaikan / kelebihan aktiviti :
• Dapat memberikan pendedahan kepada para petugas PEDi dalam melatih usahawan tentang cara memasarkan produk mereka secara dalam talian atau e-dagang.

Nama VIP :
• Puan Divya Dave (wakil dari Meta)

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :