PERTANDINGAN ONLINE COLORING & KLIK DENGAN BIJAK (KDB) BERSAMA TABIKA KEMAS FELDA BUKIT SAGU 01

Aktiviti terkini |10 Disember 2022

Tempat Aktiviti:
PEDi Felda Bukit Sagu

Ringkasan Aktiviti :
• Pertandingan mewarna secara dalam talian ini telah diadakan bersama dengan kanak-kanak Tadika KEMAS Felda Bukit Sagu 01.
• Ianya telah dihadiri oleh seramai 15 orang kanak-kanak berserta 3 orang guru pengiring.
• Sebelum pertandingan berlangsung, satu sesi tayangan video KDB telah diadakan bagi memberi sedikit pendedahan tentang keselamatan siber kepada para peserta.
• Sebanyak 3 hasil mewarna yang terbaik telah dipilih sebagai pemenang.

Tujuan Aktiviti :
• Memberi pendedahan kepada para peserta tentang buli siber.
• Memberi pendedahan kepada kanak-kanak tentang cara menggunakan perkakasan komputer seperti tetikus dan papan kekunci.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• 9.30 – Ketibaan para peserta
• 9.45 – Sesi latihan mewarna
• 10.00 – Tayangan video KDB
• 10.15 – Pertandingan Mewarna
• 10.45 – Sesi penyampaian hadiah
• 11.00 – Bersurai


Kebaikan / kelebihan aktiviti :
• Dapat membantu para peserta untuk berfikir secara kreatif.
• Dapat membuka mata para peserta berkenaan dengan buli siber dan kesannya.

Nama VIP:
• Tiada

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :