WEBINAR PUPUK@SPPP BERSAMA SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

Aktiviti terkini |13 Julai 2022

Tempat Aktiviti:
Microsoft Teams

Ringkasan Aktiviti :
• Siri Webinar oleh pihak SSM ini telah diadakan bertujuan untuk memberi sedikit penerangan kepada para petugas PEDi berkenaan dengan usahasama SSM dalam menjayakan Program Pemerkasaan Pendigitalan Usahawan Kecil (PUPUK) yang akan memberi faedah kepada usahawan golongan B40 dan juga para pelajar IPTA/IPTS yang ingin menjinakkan diri dalam bidang perniagaan secara dalam talian.

Tujuan Aktiviti :
• Memberi pendedahan kepada para petugas PEDi tentang faedah-faedah yang ditawarkan kepada para usahawan di bawah program PUPUK@SPPP ini.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Siri webinar ini menerangkan tentang panduan bagi mendaftarkan perniagaan bersama SSM.
• Pendedahan kepada sistem EZBIZ Online juga telah diberikan semasa sesi webinar ini.


Kebaikan / kelebihan aktiviti :
• Dapat memberikan pendedahan kepada para petugas PEDi dalam membantu para usahawan setempat untuk mendaftarkan perniagaan mereka secara dalam talian melalui sistem EZBIZ Online.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :