WEBINAR PROGRAM UMP STEM @ PEDI

Aktiviti terkini |16 Jun 2022

Tempat Aktiviti:
Google Meet

Ringkasan Aktiviti :
• Siri Webinar dari pihak UMP bersama dengan MCMC ini bertujuan untuk menerangkan tentang program yang bakal dijalankan di PEDi dengan usahasama dari pihak UMP sendiri, iaitu kelas secara virtual berasaskan STEM (Science, Technology, Engineering & Mathematics) yang mengetengahkan bahasa pengaturcaraan seperti Python, mBlock dan 3D Modelling. Selain dari itu, kelas Bahasa Inggeris juga turut diselitkan bersama.

Tujuan Aktiviti :
• Memberi pendedahan kepada para petugas PEDi tentang peranan yang perlu dimainkan bagi menjayakan program UMP STEM @ PEDi ini.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Siri webinar ini menerangkan tentang kelas-kelas yang ditawarkan kepada murid sekolah rendah atau pelajar sekolah menengah.
• Antara intipati siri webinar ini adalah slot penerangan dari wakil UMP iaitu pensyarah-pensyarah yang bakal menjadi tenaga pengajar bagi program UMP STEM @ PEDi ini.


Kebaikan / kelebihan aktiviti :
• Dapat memberikan pendedahan kepada para petugas PEDi dalam membantu para pelajar yang berminat untuk menyertai kelas-kelas yang ditawarkan.

Nama VIP :
• Puan Haznita Binti Mohamad Lazim (Deputy Director, Pahang State Office)

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :