POCKET TALK CFM (CONSUMER FORUM OF MALAYSIA) X KLUSTER KUANTAN

Aktiviti terkini |4 Mac 2022

Tempat Aktiviti:
Aplikasi Zoom Meeting

Ringkasan Aktiviti :
• Perkongsian yang dibuat oleh pihak CFM kepada PEDi di bawah Kluster Kuantan yang mengetengahkan isu-isu dan Akta Komunikasi dan Multimedia (1998) berkaitan hak-hak pengguna dalam isu yang bersangkut-paut dengan bidang Komunikasi dan Multimedia.

Tujuan Aktiviti :
• Memberi pendedahan tentang proses untuk membuat aduan kepada pihak CFM/MCMC sekiranya terdapat sebarang permasalahan berkaitan dengan isu Telekomunikasi dan Multimedia di Malaysia.
• Berkongsi maklumat berkenaan cara untuk mengelakkan diri daripada terpedaya dengan penipuan dalam talian (online scam) yang semakin berleluasa pada hari ini.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Perbincangan ini diadakan secara dalam talian menggunakan platform Zoom Meeting.
• Antara intipatinya adalah seperti pengenalan kepada CFM, hak-hak pengguna dan akta yang terlibat dalam isu telekomunikasi dan multimedia.
• Program melibatkan para petugas PEDi di bawah Kluster Kuantan.


Kebaikan / kelebihan aktiviti :
• Mendapat sedikit sebanyak input berkaitan hak-hak pengguna dan akta yang terlibat.
• Dapat berkongsi maklumat kepada komuniti setempat sekiranya ada permasalahan berkaitan isu ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :