LIVE FB : PLATFORM - PLATFORM MAJUKAN PERNIAGAAN

Aktiviti terkini |20 Mac 2022

Tempat Aktiviti:
FB Page PEDi Kampung Pandan

Ringkasan Aktiviti :
• Perkongsian yang dibuat bersama PEDi Kg Ubai, PEDi PAKR Panching, PEDi Semambu dan PEDi Felda Bukit Sagu berkaitan dengan Platform - Platform Majukan Perniagaan yang membincangkan strategi memajukan perniagaan menggunakan platform Instagram, Facebook, Laman Web (Website), Shoppe & Tiktok

Tujuan Aktiviti :
• Memberi pendedahan strategi bagaimana untuk mengembangkan perniagaan.
• Berkongsi maklumat berkenaan platform media sosial yang sesuai untuk memajukan perniagaan pada masa kini kepada pihak komuniti setempat dan pengikut FB Page.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Perbincangan ini diadakan secara dalam talian menggunakan platform Facebook Live.
• Antara intipatinya adalah seperti cara- cara bagaimana untuk menggunakan platform media sosial tersebut dalam perniagaan.
• Kebaikan dan keburukan menggunakan platform tersebut.
• Dan tips terbaik cara memajukan perniagaan
• Program melibatkan pengikut-pengikut Facebook Page PEDi Kampung Pandan.


Kebaikan / kelebihan aktiviti :
• Boleh diakses secara dalam talian. • Dapat memberikan pendedahan kepada komuniti berkenaan bagaimana memajukan perniagaan sedia ada atau memasarkannya dengan menggunakan platform media sosial yang terkini.
• Usahawan boleh menambahkan pendapatan dengan menggunakan platform – platform tersebut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :