PROGRAM ADVOKASI SIBER MCMC BERSAMA PIHAK INDUSTRI TELEKOMUNIKASI NEGERI PAHANG

Aktiviti terkini |11 Oktober 2022

Tempat Aktiviti:
AC Hotels by Marriot, Kuantan

Ringkasan Aktiviti :
• Program Advokasi Siber MCMC Bersama Pihak Industri Telekomunikasi Negeri Pahang telah diadakan bersama dengan pihak Pos Malaysia dan telah dihadiri oleh kira-kira 70 orang petugas Pos Malaysia dan 15 orang petugas PEDi Kluster Kuantan dan Pekan.
• Sesi penerangan dan perkongsian Klik Dengan Bijak (KDB) telah disampaikan oleh Puan Haznita Mohamad Lazim iaitu wakil dari MCMC dan MycyberGenius Kuiz telah diadakan di akhir sesi tersebut.
• Ia turut dihadiri oleh wakil dari HTAA yang juga turut membuat perkongsian tentang “Implikasi Media Sosial dan Kesihatan Mental”.
• Program tersebut diakhiri dengan ucapan penutup oleh Encik Shahrizal Husin (MCMC PSO) dan gimik sambutan Hari Pos Sedunia 2022 oleh Pos Malaysia.

Tujuan Aktiviti :
• Memberi pendedahan kepada peserta tentang kepentingan penggunaan internet dengan bijak dan implikasinya jika disalahgunakan.
• Mengupas sedikit sebanyak tentang isu-isu yang tular disebabkan penggunaan internet yang kurang bijak oleh generasi masa kini.
• Memberi peringatan kepada para peserta tentang bahaya salahguna platform media sosial terutamanya pada masa kini.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Pendaftaran peserta dan sarapan
• Bacaan doa
• Pembentangan oleh: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)“Internet & Media Sosial – Etika Penggunaan dan Kesalahan”
• Pembentangan oleh: Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan “Implikasi Media Sosial dan Kesihatan Mental”
• MycyberGenius Kuiz
• Ucapan oleh Pengarah MCMC Pejabat Negeri Pahang
• Gimik bersempena Sambutan Hari Pos Sedunia 2022
• Sesi bergambar
• Makan tengahari dan bersura


Kebaikan / kelebihan aktiviti :
• Dapat memberikan pendedahan kepada para peserta tentang bahaya salahguna media sosial.
• Dapat membuka mata para peserta akan kepentingan penggunaan internet yang bijak.

Nama VIP:
• Encik Shahrizal Husin (MCMC PSO)
• Encik Mahamad Zulkiply Mohd Noor (Pengurus Negeri Pos Malaysia

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :