KELAS ASAS FOTOGRAFI PRODUK MENGGUNAKAN TELEFON PINTAR

Aktiviti terkini |16 Oktober 2022

Tempat Aktiviti:
PEDi Kg Seri Damai

Ringkasan Aktiviti :
• Kelas Asas Fotografi ini telah diadakan di PEDi Kg Seri Damai dengan kerjasama 4 buah PEDi yang lain iaitu PEDi Kg Pandan, PEDi PAKR Panching, PEDi Taman Berjaya Permai dan PEDi Felda Bukit Sagu.
• Seramai 5 orang usahawan tempatan telah hadir pada sesi kelas pada kali ini dan mereka telah mempelajari sedikit sebanyak tentang asas fotografi produk dengan hanya menggunakan telefon pintar.
• Para usahawan turut dapat melakukan demo fotografi diakhir sesi kelas dan satu pertandingan telah diadakan bagi gambar produk yang paling menarik dan kreatif.

Tujuan Aktiviti :
• Memberi pendedahan kepada para usahawan tentang cara-cara mengambil gambar produk mereka dengan menggunakan telefon pintar.
• Usahawan dapat mempelajari asas fotografi produk agar mereka dapat mempromosikan produk masing-masing menggunakan gambar tersebut di dalam platform jualan e-Dagang dan laman sosial.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Kelas ini diadakan untuk membantu para usahawan dalam menghasilkan gambar produk yang menarik dan berkualiti.
• Dengan adanya pengetahuan asas dalam proses penghasilan gambar produk, ianya sedikit sebanyak akan membantu usahawan dalam menaikkan lagi hasil jualan produk mereka.


Kebaikan / kelebihan aktiviti :
• Dapat memberikan pendedahan kepada para usahawan tentang teknik asas fotografi produk.
• Dapat membantu usahawan meningkatkan lagi hasil jualan produk mereka.

Nama VIP:
• Tiada

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :