PROGRAM KAJI SELIDIK PEDI 2023 (MERDEKA CENTER)

Aktiviti terkini |24 - 25 Julai 2023

Tempat Aktiviti:
PEDi Kg Pandan

Ringkasan Aktiviti :
• Program Kaji Selidik berkaitan “Kajian Keperluan Pengguna dan Penilaian Impak Pusat Ekonomi Digital (PEDi)” telah dijalankan di beberapa buah PEDi yang terpilih di seluruh Malaysia oleh pihak Merdeka Strategic Development Center Sdn. Bhd. atau Merdeka Center bagi tujuan mengumpul maklum balas dari komuniti berdasarkan pengalaman sebagai pengguna dan peserta program yang dijalankan oleh PEDi.
• Seramai lebih kurang 20 orang komuniti setempat telah hadir di PEDi Kg Pandan bagi tujuan kaji selidik kali ini.

Tujuan Aktiviti :
• Mengumpul maklum balas dari komuniti setempat berkenaan dengan program-program yang telah dijalankan di PEDi.
• Mengenal pasti kekuatan, peluang dan bidang yang perlu ditingkatkan bagi memastikan PEDi dapat menawarkan perkhidmatan berkesan kepada komuniti.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• 9.50 – Ketibaan komuniti
• 10.00 – Kaji Selidik bermula
• 6.00 Petang – Bersurai


Kebaikan / kelebihan aktiviti :
• Dapat menjalinkan kerjasama yang lebih erat di antara PEDi dan komuniti setempat.

Nama VIP:
• Tiada

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :