PROGRAM KAFETEEN @PEDI (LPPKN)

Aktiviti terkini |11 Jun 2023

Tempat Aktiviti:
PEDi Kg Pandan

Ringkasan Aktiviti :
• Program KafeTEEN @PEDi ini merupakan sebuah program kesedaran kepada golongan remaja bagi menyebar luas Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEKERTI) di komuniti bandar dan luar bandar oleh pihak Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara, Malaysia (LPPKN).
• Golongan sasaran bagi program ini adalah remaja yang berusia antara 13 – 24 tahun dan belum berkahwin.

Tujuan Aktiviti :
• Menyebar luas Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEKERTI) kepada ramaja di Malaysia.
• Dapat meningkatkan capaian kepada aplikasi myKafeTEEN dan mempromosikan Kempen #AmbilTahuBagiTahu.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• 9.30 Pagi – Pendaftaran/Minum Pagi
• 10.30 Pagi – Salam Perkenalan
• 11.00 Pagi – Seksualiti Nilai dan Tanggungjawab
• 12.00 Tengahari – Rogol dan Pengguguran
• 1.00 Petang – Penutup/Bersurai


Kebaikan / kelebihan aktiviti :
• Dapat memberi kesedaran kepada golongan remaja akan kepentingan pengetahuan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEKERTI).

Nama VIP:
• Cik Nazuliani binti Abdul Aziz (Kaunselor LPPKN)

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :