PROGRAM CYBERTALK @SCHOOL DI SMK GUDANG RASAU

Aktiviti terkini |21 Jun 2023

Tempat Aktiviti:
SMK Gudang Rasau, Kuantan.

Ringkasan Aktiviti :
• Program CyberTalk @School yang diperkenalkan oleh pihak CelcomDigi merupakan sebuah inisiatif dalam berkongsi ilmu dan memberi kesedaran kepada pelajar sekolah akan kepentingan melayari internet secara selamat serta kesannya jika disalahgunakan dan jika digunakan secara berlebihan.
• Lokasi program ini adalah di SMK Gudang Rasau, Kuantan.
• Pihak sekolah amat menyambut baik program kesedaran seperti ini yang telah dihadiri oleh kesemua pelajar SMK Gudang Rasau iaitu seramai 748 orang pelajar.
• Pihak CelcomDigi juga turut hadir bagi melaksanakan pengagihan kad sim secara percuma kepada 200 orang pelajar yang terpilih.

Tujuan Aktiviti :
• Berkongsi ilmu dan memberi kesedaran akan kepentingan penggunaan internet secara selamat.
• Dapat menjalinkan kerjasama di antara pihak sekolah dan PEDi..

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• 7.40 – Pelajar berkumpul
• 8.00 – Sesi ceramah
• 8.50 – Sesi kuiz
• 9.00 – Sesi pengagihan kad sim
• 9.40 – Jamuan ringkas
• 10.00 – Bersurai


Kebaikan / kelebihan aktiviti :
• Dapat membuka mata para pelajar khususnya dalam berkongsi sebarang maklumat peribadi di internet dengan lebih berwaspada.

Nama VIP:
• Encik Ahmad Rudaini bin Abdul Rahman (GPK KO SMK Gudang Rasau)

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :