PROGRAM CYBERTALK @SCHOOL DI SMK ASTANA

Aktiviti terkini |2 Ogos 2023

Tempat Aktiviti:
SMK Astana, Kuantan

Ringkasan Aktiviti :
• Program CyberTalk @School yang diperkenalkan oleh pihak CelcomDigi merupakan sebuah inisiatif dalam berkongsi ilmu dan memberi kesedaran kepada pelajar sekolah akan kepentingan melayari internet secara selamat serta kesannya jika disalahgunakan dan jika digunakan secara berlebihan.
• Lokasi program ini adalah di SMK Astana, Kuantan. Pihak sekolah amat menyambut baik program kesedaran seperti ini yang telah dihadiri oleh seramai 360 orang pelajar.
• Topik utama adalah seperti Oversharing, Cyberbully dan Online Gaming.
• Pihak CelcomDigi juga turut hadir bagi melaksanakan pengagihan kad sim dan snackpack secara percuma kepada 200 orang pelajar yang terpilih.

Tujuan Aktiviti :
• Berkongsi ilmu dan memberi kesedaran akan kepentingan penggunaan internet secara selamat.
• Dapat menjalinkan kerjasama di antara pihak sekolah dan PEDi.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Pendaftaran kad sim Digi
• Sesi taklimat kesedaran
• Sesi soal jawab & penyampaian hadiah kepada 10 pelajar yang berjaya menjawab soalan dengan tepat.
• Penyampaian Hadiah & cenderahati oleh Pengurus PEDi Felda Bukit Sagu kepada Encik Chandran A/L Pachamutu Sanmugam.


Kebaikan / kelebihan aktiviti :
• Mendidik pelajar untuk beretika, saling menghormati & tidak membuli di dalam talian.
• Mendidik pelajar supaya tidak terlalu obses untuk berkongsi maklumat peribadi di media sosial.
• Menekankan supaya tidak terpedaya dengan iklan jualan game popup & menekankan pentingnya pengurusan masa dan tidak terlalu ketagih bermain online game.
• Sebagai salah satu cara mempromosikan PEDi untuk menarik lebih ramai pengunjung ke PEDi.

Nama VIP:
• Mohd Shukri Bin Abd Razak (Penyelaras Hal Ehwal Pelajar Kolej Pra-Universiti KPM Astana)
• Chandran A/L Pachamutu Sanmugam (Penyelaras Ko-Kurikulum Kolej Pra-Universiti KPM Astana)


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :