PROGRAM ADVOKASI S.A.F.E. INTERNET DAN SAMBUTAN KEMERDEKAAN BERSAMA TABIKA KEMAS KEM BATU 10

Aktiviti terkini |18 Ogos 2023

Tempat Aktiviti:
Tabika KEMAS Kem Batu 10, Kuantan

Ringkasan Aktiviti :
• Program Advokasi S.A.F.E. Internet telah diadakan di Tabika KEMAS Kem Batu 10, Kuantan dan telah di hadiri oleh hampir 60 orang kanak-kanak Tabika tersebut.
• Sesi persembahan slaid berkenaan dengan keselamatan menggunakan internet dan video berkaitan S.A.F.E. Internet telah ditayangkan.
• Penggunaan peranti tablet juga diberikan kepada kanak-kanak untuk bermain permainan yang berunsurkan pendidikan.
• Bersempena dengan bulan kemerdekaan, satu sambutan kemerdekaan juga turut diselitkan di dalam program ini.
• Nyanyian lagu-lagu patriotik dan kibaran Jalur Gemilang turut dijalankan.

Tujuan Aktiviti :
• Memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak Tabika akan kepentingan keselamatan penggunaan internet.
• Menerapkan semangat patriotisme dalam diri kanak-kanak Tabika agar lebih menghargai erti kemerdekaan negara kita.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Sesi persembahan slaid & tayangan video.
• Sesi bermain permainan berunsurkan pendidikan menggunakan tablet.


Kebaikan / kelebihan aktiviti :
• Dapat memberikan kesedaran awal tentang keselamatan internet dan memupuk semangat patriotik dalam diri.

Nama VIP:
• Tiada


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :