PROGRAM MICROSOFT SKILLS FOR JOBS (KERJASAMA 3 BUAH PEDI & EAST ACADEMY KUANTAN)

Aktiviti terkini |4 – 5 & 11 Oktober 2023

Tempat Aktiviti:
PEDi Taman Berjaya Permai

Ringkasan Aktiviti :
• Program Microsoft Skills for Jobs merupakan sebuah inisiatif percuma dari kerjasama antara MCMC, Biji-biji NGO dan Microsoft.
• Program ini bertujuan untuk memperkasakan individu dengan kemahiran digital, bimbingan kerjaya dan laluan pekerjaan untuk berkembang maju dalam ekonomi digital.
• Antara kursus-kursus yang tersedia adalah Digital Literacy & Productivity, Soft Skills & Entrepreneurship, Business Administration, Project Management dan Analytical Skills.
• Sijil turut disediakan bagi peserta yang telah menamatkan kursus berkenaan.
• Seramai lebih 60 orang pelajar dari East Academy Kuantan telah menyertai program ini dan berjaya menghabiskan kursus Microsoft Word.

Tujuan Aktiviti :
• Menyediakan platform kepada para pelajar untuk mempelajari kemahiran-kemahiran yang berkaitan sebelum mereka melangkah ke alam pekerjaan.
• Menghasilkan generasi pelajar yang mahir dalam menggunakan Microsoft Office.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Pendaftaran peserta.
• Pendaftaran e-Latih.
• Sesi webinar dan kuiz.
• Pemberian cenderahati dan sijil kepada peserta.


Kebaikan / kelebihan aktiviti :
• Memberi pendedahan kepada peserta berkenaan kemahiran menggunakan Microsoft Word secara asas.
• Sebagai salah satu cara mempromosikan PEDi dan perkhidmatan yang disediakan kepada komuniti setempat.

Nama VIP:
• En. Ahmad Nursyafiq Bin Amir Luddin (Hep East Academy Sdn Bhd)


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :