PROGRAM ADVOKASI S.A.F.E. INTERNET DAN SAMBUTAN HARI MALAYSIA BERSAMA TABIKA KEMAS KG JAYA GADING (KERJASAMA 8 BUAH PEDI KLUSTER KUANTAN)

Aktiviti terkini |15 September 2023

Tempat Aktiviti:
Tabika KEMAS Kg Jaya Gading, Kuantan.

Ringkasan Aktiviti :
• Program Advokasi S.A.F.E. Internet telah diadakan di Tabika KEMAS Kg Jaya Gading, Kuantan dan telah dihadiri oleh hampir 90 orang kanak-kanak & 10 orang guru tabika tersebut.
• Sesi persembahan slaid bertajuk “Pengenalan Kepada Perkakasan Komputer” dan video berkaitan S.A.F.E. Internet telah ditayangkan.
• Penggunaan peranti tablet juga diberikan kepada kanak-kanak untuk bermain permainan yang berunsurkan pendidikan.
• Bersempena dengan Hari Malaysia, nyanyian lagu “Saya Anak Malaysia” dan kibaran Jalur Gemilang juga turut diselitkan di dalam program ini.

Tujuan Aktiviti :
• Memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak Tabika berkaitan perkakasan komputer dan keselamatan melayari internet.
• Menerapkan semangat patriotisme dalam diri kanak-kanak.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Sesi persembahan slaid & tayangan video.
• Sesi bermain permainan berunsurkan pendidikan menggunakan tablet.


Kebaikan / kelebihan aktiviti :
• Dapat memberikan kesedaran awal tentang keselamatan internet dan memupuk semangat patriotik dalam diri.

Nama VIP:
• Cikgu Norwahi Ismail (Guru Tadika Kg Jaya Gading)


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :