PROGRAM ANTI-SCAM & KEUSAHAWANAN DI POLISAS (KERJASAMA CELCOMDIGI & 4 BUAH PEDI KLUSTER KUANTAN)

Aktiviti terkini |18 September 2023

Tempat Aktiviti:
POLISAS, Kuantan.

Ringkasan Aktiviti :
• Program Anti-Scam & Keusahawanan yang diperkenalkan oleh pihak CelcomDigi merupakan sebuah inisiatif dalam berkongsi ilmu dan memberi kesedaran kepada komuniti IPT berkenaan penipuan dalam talian atau scam yang semakin berleluasa ketika ini.
• Pendedahan ini diharap dapat membuka mata ramai pihak akan situasi semasa yang melibatkan penipuan dalam talian dan bagaimana cara untuk mengelak daripada menjadi mangsa scammer.
• Perkongsian berkenaan keusahawanan juga turut diberikan oleh petugas PEDi diawal sesi.

Tujuan Aktiviti :
• Berkongsi ilmu dan memberi pendedahan tentang penipuan dalam talian dan cara mengatasinya.
• Dapat menjalinkan kerjasama di antara pihak IPT dan PEDi untuk program-program mendatang.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Sesi persembahan slaid & tayangan video.

• Sesi taklimat kesedaran Anti-Scam & Keusahawanan.
• Sesi soal jawab & penyampaian hadiah kepada 10 pelajar yang berjaya menjawab soalan dengan tepat.
• Pengagihan & pendaftaran kad sim Digi
• Penyampaian cenderahati kepada pihak POLISAS.


Kebaikan / kelebihan aktiviti :
• Memberi pededahan tentang penipuan dalam talian dan keusahawanan.
• Sebagai salah satu cara mempromosikan PEDi untuk menarik lebih ramai pengunjung ke PEDi.

Nama VIP:
• Tiada


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :