BENGKEL MICROSOFT SKILLS FOR JOBS (3 SESI) (KERJASAMA 3 BUAH PEDI & EAST ACADEMY KUANTAN)

Aktiviti terkini |6 & 21 Februari 2024

Tempat Aktiviti:
NaDi Taman Berjaya Permai

Ringkasan Aktiviti :
• Program Microsoft Skills for Jobs merupakan sebuah inisiatif percuma dari kerjasama antara MCMC, Biji-biji NGO dan Microsoft.
• Program ini bertujuan untuk memperkasakan individu dengan kemahiran digital, bimbingan kerjaya dan laluan pekerjaan untuk berkembang maju dalam ekonomi digital.
• Antara kursus-kursus yang tersedia adalah Digital Literacy & Productivity, Soft Skills & Entrepreneurship, Business Administration, Project Management dan Analytical Skills.
• Sijil turut disediakan bagi peserta yang telah menamatkan kursus berkenaan. Seramai lebih 17 orang pelajar dari East Academy Kuantan telah menyertai program ini dan berjaya menghabiskan kursus Microsoft Word.

Tujuan Aktiviti :
• Menyediakan platform kepada para pelajar untuk mempelajari kemahiran-kemahiran yang berkaitan sebelum mereka melangkah ke alam pekerjaan.
• Menghasilkan generasi pelajar yang mahir dalam menggunakan Microsoft Office.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Pendaftaran peserta.
• Pendaftaran e-Latih.
• Sesi webinar dan kuiz.
• Pemberian cenderahati dan sijil kepada peserta.

Kebaikan / kelebihan aktiviti :
• Memberi pendedahan kepada peserta berkenaan kemahiran menggunakan Microsoft Word secara asas.
• Sebagai salah satu cara mempromosikan NaDi dan perkhidmatan yang disediakan kepada komuniti setempat.

Nama VIP:
• En. Ahmad Nursyafiq Bin Amir Luddin (Hep East Academy Sdn Bhd)


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :