MAJLIS APRESIASI TABIKA KEMAS KG SRI DAMAI

Aktiviti terkini |27 Januari 2024

Tempat Aktiviti:
Mega View Hotel, Kuantan

Ringkasan Aktiviti :
• Majlis Apresiasi ini telah diadakan di Hotel Mega View, Kuantan dan telah dihadiri oleh murid-murid Tabika Kemas Kg Sri Damai ditemani oleh ibu bapa dan penjaga mereka.
• Majlis ini telah dirasmikan oleh Pengarah KEMAS Daerah Pekan iaitu Pn. Zuhairah binti Aziz.
• Beberapa aktiviti turut diselitkan di dalam majlis ini seperti acara tarian dan pakaian tradisional mengikut kaum-kaum yang ada di Malaysia dan cabutan bertuah.
• Majlis diakhiri dengan sesi penyampaian sijil kepada murid-murid tabika.

Tujuan Aktiviti :
• Majlis ini bertujuan untuk menyampaikan hadiah dan anugerah khas kepada para pelajar dan mengiktiraf kejayaan murid-murid dalam pelbagai bidang.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Pendaftaran.
• Nyanyian Lagu Negaraku, Negeri Pahang & Lagu Tabika Kita.
• Ucapan tetamu jemputan, wakil murid & Pengarah KEMAS Pekan.
• Pertunjukan montaj.
• Persembahan kanak-kanak.
• Penyampaian hadiah.
• Cabutan bertuah.
• Sesi bergambar.

Kebaikan / kelebihan aktiviti :
• Memberi penghargaan kepada murid-murid yang telah berjaya menamatkan pengajian mereka di Tabika KEMAS Kg Sri Damai.
• Mengekalkan hubungan yang baik di antara pihak Tabika, PEDi dan juga ibu bapa.

Nama VIP:
• Pn. Zuhairah binti Aziz (Pengarah KEMAS Daerah Pekan)


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :