BASIC ICT: MICROSOFT SKILLS FOR JOBS (NADI TAMAN BERJAYA PERMAI, NADI KG SERI DAMAI, NADI KG PANDAN & EAST ACADEMY KUANTAN)
Aktiviti terkini |04, 19, 23, 24 & 26 Julai 2024Tempat Aktiviti:
NADI Taman Berjaya Permai
Ringkasan Aktiviti :
• Program Microsoft Skills for Jobs merupakan sebuah inisiatif percuma dari pihak MCMC, HRDCorp dan Microsoft.
• Program ini bertujuan untuk memperkasakan kemahiran individu dalam penggunaan pelbagai jenis platform dan aplikasi digital.
• Antara kursus-kursus yang disediakan adalah Digital Literacy & Productivity, Soft Skills & Entrepreneurship, Business Administration, Project Management dan Analytical Skills.
• Sijil turut disediakan bagi peserta yang telah menamatkan kursus berkenaan. Seramai 81 orang pelajar dari East Academy Kuantan telah menyertai program ini dan berjaya menghabiskan kursus asas Microsoft Word.
Tujuan Aktiviti :
• Membimbing pelajar berkenaan kemahiran menggunakan platform digital bagi memasuki alam pekerjaan pada masa depan.
• Menghasilkan generasi pelajar yang mahir dalam menggunakan Microsoft Office.
Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Pendaftaran peserta.
• Pendaftaran e-Latih.
• Sesi webinar, taklimat dan kuiz.
• Pemberian cenderahati dan sijil kepada peserta.
Kebaikan / kelebihan aktiviti :
• Memberi pendedahan kepada peserta berkenaan kemahiran menggunakan Microsoft Word secara asas.
• Sebagai salah satu cara mempromosikan NADI dan perkhidmatan yang disediakan kepada komuniti setempat.
Nama VIP:
• En. Ahmad Nursyafiq Bin Amir Luddin (Hep East Academy Sdn Bhd)
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :