BASIC ICT: MICROSOFT WORD DAN PAINT BERSEMPENA BULAN KEMERDEKAAN
Aktiviti terkini |25 & 26 Ogos 2024Tempat Aktiviti:
NADI Kampung Pandan
Ringkasan Aktiviti :
• Kelas ICT ini dijalankan bersama pelajar sekolah rendah.
• Tujuan kelas ini diadakan adalah bagi memperkenalkan asas penggunaan internet seperti membuat pencarian maklumat di Google dan memuat turun gambar berkenaan Sejarah Menara di Malaysia, asal usul Bendera Malaysia dan Pahang.
• Selain itu, kelas ini juga mengajar peserta menggunakan komputer untuk menaip di Microsoft Word dan melukis bendera menggunakan Paint.
Tujuan Aktiviti :
• Membimbing peserta menggunakan internet untuk mencari maklumat bersempena bulan kemerdekaan.
• Membimbing peserta menggunakan Microsoft Word untuk menaip sejarah berkenaan Menara di Malaysia, bendera Malaysia dan Pahang.
• Membimbing peserta melukis bendera menggunakan Paint.
Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Kehadiran peserta.
• Peserta memulakan kelas ICT menaip dan melukis bersama petugas NADI.
Kebaikan / kelebihan aktiviti :
• Memberi pendedahan kepada peserta berkenaan kemahiran menggunakan internet untuk memperoleh maklumat,menaip menggunakan Microsoft Word dan melukis menggunakan Paint secara asas.
• Sebagai salah satu cara memperkenalkan NADI sebagai pusat e-pembelajaran kepada pelajar sekolah di komuniti setempat.
Nama VIP:
• Tiada
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :