Mengenai Kami
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Pada tahun 1957 beberapa orang telah mula meneroka kawasan dan membina penempatan baru. Mereka telah menamakan tempat tersebut dengan nama Kampung Sungai Pandan. Nama tersebut diambil sempena dengan sebatang sungai dan pokok-pokok pandan yang banyak tumbuh di persekitaran sungai tersebut.
Pada awal tahun lapan puluhan, nama tersebut dipendekkan mengikut arus pembangunan dan ditukar kepada nama baru iaitu "Kampung Pandan Satu".
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024TAKLIMAT KLIK DENGAN BIJAK
Aktiviti Terkini | 22 Disember 2019Program yang diadakan ini untuk meraikan pelajar sempena kemasukan ke sekolah pada tahun 2020 dan memberikan pendedahan kepada pelajar tentang kepentingan dan keselamatan melayari internet...baca selanjutnya
PAMERAN ANALOG SWITCH OFF DI SEMINAR 5G BEYOND IMAGINATION
Aktiviti Terkini | 16 November 2019Tujuan utama program adalah untuk memberi kesedaran tentang pentingnya penjagaan kesihatan dan dapat menyampaikan maklumat mengenai pentingnya penjagaan kesihatan...baca selanjutnya
PROGRAM ADVOKASI DI SK WIRA
Aktiviti Terkini | 16 Oktober 2019Program ini melibatkan pelajar dan disertai beberapa orang guru. Semasa sesi taklimat, juga diselitkan soalan-soalan untuk dijawab oleh pelajar. Selepas itu sedikit permainan disediakan untuk para pelajar. Pelajar dikehendaki menyiapakan teka silang kata KDB dalam kumpulan mereka....baca selanjutnya
PROGRAM ADVOKASI SEMPENA HARI BERSAMA KOMUNITI PUSAT INTERNET KG. CHERATING
Aktiviti Terkini | 15 September 2019Program yang diadakan ini membantu pihak PI untuk mencapai KPI yang telah ditetapkan oleh SKMM setiap bulan disamping memperkenalkan fungsi PI & perkhidmatan yang ditawarkan oleh PI kepada komuniti dan penduduk setempat...baca selanjutnya
PROGRAM ZIARAH KASIH RAHMAH DI SG. LEMBING
Aktiviti Terkini | 08 September 2019Program yang diadakan ini membantu pihak PI untuk mencapai KPI yang telah ditetapkan oleh SKMM setiap bulan disamping memperkenalkan fungsi PI & perkhidmatan yang ditawarkan oleh PI kepada komuniti dan penduduk setempat...baca selanjutnya
PROGRAM SUKAN RAKYAT KG PANDAN 1
Aktiviti Terkini | 18 Ogos 2019Program Sukan Rakyat Kg Pandan 1 yang dianjurkan oleh MPKK Kg Pandan 1 bersama Pusat Internet. Tujuan utama program untuk menyebarkan program kesedaran tentang pentingnya etika ketika menggunakan internet secara selamat, mengedarkan flyers dan memaklamkan siaran digital MYFreeview disamping memperkenalkan PI kepada pengunjung...baca selanjutnya
PROGRAM KDB DI PI PANDAN
Aktiviti Terkini | 26 Julai 2019Program Klik Dengan Bijak (KDB) ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada pelajar sekolah rendah dan mengajar pelajar menggunakan internet secara selamat...baca selanjutnya
PROGRAM KDB RAYA KLUSTER KUANTAN
Aktiviti Terkini | 30 Jun 2019Program KDB Raya merupakan gabungan aktiviti Klik Dengan Bijak dan Jamuan Hari Raya. Program ini tercetus, hasil daripada pandangan En. Fairose untuk mengadakan satu program ringkas yang melibatkan kesemua PI Kluster Kuantan, pihak Digi dan MCMC....baca selanjutnya
KUIZ SEMPENA BULAN RAMADHAN
Aktiviti Terkini | 31 Mei 2019Kuiz ini dapat memberi pendedahan kepada peserta tentang kefahaman dan kebaikan bulan Ramadhan...baca selanjutnya
PROGRAM ADVOKASI DI SK SEMAMBU
Aktiviti Terkini | 20 April 2019Program ini memberi pendedahan kepada pelajar & guru tentang penggunaan teknologi secara berhemah....baca selanjutnya
PROGRAM ADVOKASI DI DEWAN LEPAR HILIR 3
Aktiviti Terkini | 29 Mac 2019Program telah dihadiri oleh seramai hampir 150 orang yang terdiri dalam kalangan komuniti setempat. Terdapat pelbagai aktiviti yang telah dijalankan yang berasaskan Klik Dengan Bijak dan e-Waste....baca selanjutnya
PROGRAM ADVOKASI DI SK CHERATING
Aktiviti Terkini | 15 Mac 2019Seramai lebih 200 orang pelajar dari SK Cherating telah terlibat dalam menjayakan program advokasi pada kali ini....baca selanjutnya
Kempen Penjagaan Kesihatan & Kempen Perangi Denggi
Aktiviti Terkini | 10 Februari 2019Bersama-sama penduduk kampung membersihkan kampung dan mengadakan aktiviti bersama pihak MPKK...baca selanjutnya
Gotong royong Penduduk Kampung Pandan Satu
Aktiviti Terkini | 2019Melaksanakan aktiviti kemasyarakatan dan membersihkan kawasan sekitar Kampung Pandan Satu...baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak (KDB)
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniPembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya