Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Pada tahun 1957 beberapa orang telah mula meneroka kawasan dan membina penempatan baru. Mereka telah menamakan tempat tersebut dengan nama Kampung Sungai Pandan. Nama tersebut diambil sempena dengan sebatang sungai dan pokok-pokok pandan yang banyak tumbuh di persekitaran sungai tersebut.

Pada awal tahun lapan puluhan, nama tersebut dipendekkan mengikut arus pembangunan dan ditukar kepada nama baru iaitu "Kampung Pandan Satu".



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


LIVE FB : TIP MENGHADAPI MUSIBAH BANJIR

Aktiviti Terkini | 26 Disember 2021

Perkongsian yang dibuat bersama PEDi Kampung Ubai, PEDi PAKR Panching dan PEDi Felda Bukit Sagu melalui FB Page PEDi Kg Pandan berkaitan dengan tip menghadapi musibah banjir....baca selanjutnya

BENGKEL MIV WITH IMFUTURES

Aktiviti Terkini | 17 – 19 Disember 2021

Petugas PEDi & wakil komuniti dari daerah Kuantan telah menyertai program ini. Merupakan program kerjasama antara MIV dan IMFutures Indera Mahkota, Kuantan. Menyasarkan untuk mengelolakan Sukarelawan ICT sebagai sumber yang boleh membantu komuniti setempat....baca selanjutnya

LIVE FB : SENI MEMPERTAHANKAN DIRI

Aktiviti Terkini | 26 November 2021

Perkongsian yang dibuat bersama PEDi Kampung Ubai, PEDi PAKR Panching, PEDi Semambu dan PEDi Felda Bukit Sagu melalui FB Page PEDi Kg Pandan berkaitan dengan Seni-seni Mempertahankan Diri yang terkenal di seluruh dunia. Antaranya ialah Silat, Taekwondo, Karate dan Tinju....baca selanjutnya

GO E-COMMERCE (SHOPEE ADVANCE)

Aktiviti Terkini | 20 November 2021

Program Go e-Commerce (Shopee Advance) ini merupakan kesinambungan dari Go e-Commerce Siri 1 yang telah berlangsung pada bulan April yang lalu di PEDi Kg Ubai. Pos Malaysia adalah antara organisasi yang terlibat untuk Siri 2 pada kali ini di samping terdapat beberapa lagi slot yang diselitkan bersama. Seramai hampir 30 orang usahawan telah terlibat dalam menjayakan program ini. Ucapan penutup telah disempurnakan oleh Puan Haznita Mohamad Lazim selaku Timbalan Pengarah Pejabat MCMC Negeri Pahang....baca selanjutnya

LIVE FB : USAHAWAN TERNAMA DI MALAYSIA

Aktiviti Terkini | 23 Oktober 2021

Pengisian perkongsian yang dibuat bersama PIK Semambu, PIK Kampung Ubai, PIK PAKR Panching dan PIK Felda Bukit Sagu melalui FB Page PIK Semambu sebagai ‘host’ berkaitan usahawan-usahawan ternama dan terkenal di Malaysia. Antara intipati sesi perkongsian adalah mengenai biodata usahawan, anugerah yang diterima dan sumbangan usahawan tersebut. Sesi FB Live ini melibatkan pengikut-pengikut FB Page PIK Kg Pandan....baca selanjutnya

LIVE FB : PENAMATAN RANGKAIAN 3G @ 3G SUNSET

Aktiviti Terkini | 16 Oktober 2021

Perkongsian yang dibuat bersama PIK Kampung Ubai, PIK PAKR Panching dan PIK Felda Bukit Sagu melalui FB Page PIK Kg Pandan berkaitan dengan penamatan rangkaian 3G atau 3G Sunset ini serba sedikit menjawab soalan-soalan yang sering ditanya oleh umum berkenaan penamatan rangkaian 3G. Sesi FB Live ini melibatkan pengikut-pengikut FB Page PIK Kg Pandan....baca selanjutnya

LIVE FB : MEMULAKAN PERNIAGAAN

Aktiviti Terkini | 14 September 2021

Pengisian perkongsian yang dibuat bersama PIK Kampung Ubai, PIK PAKR Panching, PIK Felda Bukit Sagu dan PIK Semambu melalui FB Page PIK Kg Pandan berkenaan langkah-langkah dalam memulakan perniagaan. Program ini melibatkan pengikut-pengikut FB Page PIK Kg Pandan....baca selanjutnya

LIVE FB : CUTI-CUTI PAHANG

Aktiviti Terkini | 11 September 2021

Pengisian perkongsian yang dibuat bersama PIK Kampung Ubai, PIK PAKR Panching dan PIK Felda Bukit Sagu melalui FB Page PIK Kg Pandan berkaitan dengan tempat-tempat menarik yang ada di negeri Pahang. Antara topik yang diketengahkan adalah Tempat Makan Menarik, Tanah Tinggi, Pulau dan Pantai serta Tempat Penginapan Menarik di Pahang. Sesi FB Live ini melibatkan pengikut-pengikut FB Page PIK Kg Pandan....baca selanjutnya

LIVE FB : PERKONGSIAN MENGENAI GOOGLE APPS

Aktiviti Terkini | 28 Ogos 2021

Pengisian perkongsian yang dibuat bersama PIK Kampung Ubai, PIK PAKR Panching, dan PIK Felda Bukit Sagu melalui FB Page PIK Kg Pandan mengenai Aplikasi-Aplikasi Google yang boleh digunakan. Program ini melibatkan pengikut-pengikut FB Page PIK Kg Pandan.....baca selanjutnya

LIVE FB : PERKONGSIAN APLIKASI SUNTINGAN UNTUK PERNIAGAAN

Aktiviti Terkini | 15 Ogos 2021

Pengisian perkongsian yang dibuat bersama PIK Kampung Ubai, PIK PAKR Panching, dan PIK Felda Bukit Sagu melalui FB Page PIK Kg Pandan mengenai Aplikasi Suntingan yang boleh digunakan dalam perniagaan secara online atau offline. Program ini melibatkan pengikut-pengikut FB Page PIK Kg Pandan....baca selanjutnya

LIVE FB : PERKONGSIAN LAMAN WEB PENCARIAN KERJA KOSONG

Aktiviti Terkini | 29 Julai 2021

Tujuan perkongsian yang dibuat bersama PIK Kampung Ubai, PIK Kampung Pandan, PIK PAKR Panching dan PIK Felda Bukit Sagu adalah untuk membantu adik-adik lepasan SPM ataupun sesiapa sahaja untuk mencari pekerjaan...baca selanjutnya

FB LIVE : SEMBANG SANTAI HALATUJU SELEPAS SPM BERSAMA CIKGU ASMA’ BINTI AHMAD (GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING)

Aktiviti Terkini | 19 Jun 2021

FB Live gabungan empat PIK iaitu PIK Felda Bukit Sagu , PIK Kg Pandan, PIK Kg Ubai dan PIK PAKR Panching bersama dengan penceramah Cikgu Asma’ yang merupakan seorang Guru Bimbingan dan Kaunseling...baca selanjutnya

PERTANDINGAN PANTUN RAYA ONLINE

Aktiviti Terkini | 23 Mei 2021

Pertandingan Pantun Raya ini bertujuan untuk mengasah bakat anak muda dalam mereka dan menghasilkan pantun bersempena dengan bulan Perayaan ini. Di samping itu, mereka dapat berfikir dengan lebih kreatif dalam menghasilkan bait-bait pantun yang baik....baca selanjutnya

KELAS ASAS SHOPEE PIK KG PANDAN

Aktiviti Terkini | 10 & 25 April 2021

Mengajar tentang asas perniagaan secara dalam talian menggunakan platform Shopee iaitu salah satu dominasi utama perniagaan dalam talian...baca selanjutnya

KUIZ KLIK DENGAN BIJAK ATAS TALIAN

Aktiviti Terkini | 26 Mac 2021

Menjalankan Kuiz Klik Dengan Bijak atas Talian dengan kanak-kanak setempat melalui atas talian oleh kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid-19....baca selanjutnya

LAWATAN RASMI YB TIMBALAN MENTERI KEWANGAN II (AHLI PARLIMEN PAYA BESAR) & PENGERUSI MCMC

Aktiviti Terkini | 10 Februari 2021

Lawatan Rasmi dari YB Tuan Mohd Shahar Bin Abdullah (Timbalan Menteri Kewangan II / Ahli Parlimen Paya Besar) dan Pengerusi MCMC, YBrs. Dr. Fadhlullah Suhaimi Bin Abdul Malek, YB Dato' Haji Mohammad Fakhruddin bin Mohd Ariff (Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang)serta diiringi oleh Tuan Hj. Zahari Bin Ismail iaitu Ketua Pejabat Negeri Pahang (MCMC) ...baca selanjutnya

PERTANDINGAN SILANG KATA KLIK DENGAN BIJAK ATAS TALIAN

Aktiviti Terkini | 31 Januari 2021

Menjalankan aktiviti Silang Kata Klik Dengan Bijak (KDB) dengan kanak-kanak setempat melalui atas talian oleh kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid-19....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti