Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Pada tahun 1957 beberapa orang telah mula meneroka kawasan dan membina penempatan baru. Mereka telah menamakan tempat tersebut dengan nama Kampung Sungai Pandan. Nama tersebut diambil sempena dengan sebatang sungai dan pokok-pokok pandan yang banyak tumbuh di persekitaran sungai tersebut.

Pada awal tahun lapan puluhan, nama tersebut dipendekkan mengikut arus pembangunan dan ditukar kepada nama baru iaitu "Kampung Pandan Satu".



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


KELAS KEUSAHAWANAN SHOPEE (ADVANCE) & ASAS FOTOGRAFI PRODUK BERSAMA USAHAWAN AIM (KERJASAMA 3 BUAH PEDI – PEDI KG PANDAN, PEDI KG SERI DAMAI, PEDI TAMAN BERJAYA PERMAI)

Aktiviti Terkini | 16 Disember 2023

Kelas Keusahawanan Shopee sesi kedua pada kali ini telah diadakan bersama dengan usahawan yang berdafatar di bawah Amanah Ikhtiar Malaysia (Cawangan Kuantan) dan telah disertai oleh seramai 6 orang usahawan...baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI S.A.F.E. INTERNET DAN KLIK DENGAN BIJAK BERSAMA TABIKA KEMAS RTK KG SERI DAMAI (KERJASAMA 3 BUAH PEDI KLUSTER KUANTAN)

Aktiviti Terkini | 13 Disember 2023

Program Advokasi S.A.F.E. Internet telah diadakan di PEDi Kg Seri Damai, Kuantan dan telah dihadiri oleh seramai 21 orang kanak-kanak & 5 orang guru tabika dan pembantu guru tabika tersebut...baca selanjutnya

KELAS KEUSAHAWANAN SHOPEE (BEGINNER) X USAHAWAN AIM (KERJASAMA 3 BUAH PEDI – PEDI KG PANDAN, PEDI KG SERI DAMAI, PEDI TAMAN BERJAYA PERMAI)

Aktiviti Terkini | 25 November 2023

Kelas Keusahawanan Shopee pada kali ini telah diadakan bersama dengan usahawan yang berdafatar di bawah Amanah Ikhtiar Malaysia (Cawangan Kuantan) dan telah disertai oleh seramai 7 orang usahawan...baca selanjutnya

BENGKEL MICROSOFT SKILLS FOR JOBS (SESI 3) (KERJASAMA 3 BUAH PEDI & EAST ACADEMY KUANTAN)

Aktiviti Terkini | 15 November 2023

Program Microsoft Skills for Jobs merupakan sebuah inisiatif percuma dari kerjasama antara MCMC, Biji-biji NGO dan Microsoft...baca selanjutnya

BENGKEL SISTEM PENGURUSAN MAKLUMAT SUMBER MANUSIA (HRMIS 2.0) GURU TABIKA KEMAS

Aktiviti Terkini | 25 Oktober 2023

Program bengkel yang telah disertai oleh seramai kira-kira 36 orang guru tabika bersama dua orang pegawai tadbir KEMAS ini bertujuan untuk memberi penerangan kepada mereka tentang cara-cara mengemaskini laporan serta prestasi mereka di dalam Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia (HRMIS 2.0)....baca selanjutnya

PROGRAM JELAJAH SPEK RAHMAH EFKEYO OPTOMETRY

Aktiviti Terkini | 5 Oktober 2023

Program Jelajah Spek Rahmah ini dianjurkan oleh Efkeyo Optometry yang beribu pejabat di Kemaman, Terengganu...baca selanjutnya

PROGRAM MICROSOFT SKILLS FOR JOBS (KERJASAMA 3 BUAH PEDI & EAST ACADEMY KUANTAN)

Aktiviti Terkini | 4 – 5 & 11 Oktober 2023

Program Microsoft Skills for Jobs merupakan sebuah inisiatif percuma dari kerjasama antara MCMC, Biji-biji NGO dan Microsoft...baca selanjutnya

PROGRAM ANTI-SCAM & KEUSAHAWANAN DI POLISAS (KERJASAMA CELCOMDIGI & 4 BUAH PEDI KLUSTER KUANTAN)

Aktiviti Terkini | 18 September 2023

Program Anti-Scam & Keusahawanan yang diperkenalkan oleh pihak CelcomDigi merupakan sebuah inisiatif dalam berkongsi ilmu dan memberi kesedaran kepada komuniti IPT berkenaan penipuan dalam talian atau scam yang semakin berleluasa ketika ini...baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI S.A.F.E. INTERNET DAN SAMBUTAN HARI MALAYSIA BERSAMA TABIKA KEMAS KG JAYA GADING (KERJASAMA 8 BUAH PEDI KLUSTER KUANTAN)

Aktiviti Terkini | 15 September 2023

Program Advokasi S.A.F.E. Internet telah diadakan di Tabika KEMAS Kg Jaya Gading, Kuantan dan telah dihadiri oleh hampir 90 orang kanak-kanak & 10 orang guru tabika tersebut...baca selanjutnya

PROGRAM KAFETEEN @PEDI (SESI DALAM TALIAN) DI KPTM KUANTAN

Aktiviti Terkini | 8 September 2023

Program KafeTEEN @PEDi ini merupakan sebuah program kesedaran kepada golongan remaja bagi menyebar luas Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEKERTI) di komuniti bandar dan luar bandar oleh pihak Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara, Malaysia (LPPKN)...baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI S.A.F.E. INTERNET DAN SAMBUTAN KEMERDEKAAN BERSAMA TABIKA KEMAS KEM BATU 10

Aktiviti Terkini | 18 Ogos 2023

Program Advokasi S.A.F.E. Internet telah diadakan di Tabika KEMAS Kem Batu 10, Kuantan dan telah di hadiri oleh hampir 60 orang kanak-kanak Tabika tersebut...baca selanjutnya

PROGRAM CYBERTALK @SCHOOL DI SMK ASTANA

Aktiviti Terkini | 2 Ogos 2023

Program CyberTalk @School yang diperkenalkan oleh pihak CelcomDigi merupakan sebuah inisiatif dalam berkongsi ilmu dan memberi kesedaran kepada pelajar sekolah akan kepentingan melayari internet secara selamat serta kesannya jika disalahgunakan dan jika digunakan secara berlebihan. Lokasi program ini adalah di SMK Astana, Kuantan...baca selanjutnya

PROGRAM KAJI SELIDIK PEDI 2023 (MERDEKA CENTER)

Aktiviti Terkini | 24 - 25 Julai 2023

Program Kaji Selidik berkaitan “Kajian Keperluan Pengguna dan Penilaian Impak Pusat Ekonomi Digital (PEDi)” telah dijalankan di beberapa buah PEDi yang terpilih di seluruh Malaysia oleh pihak Merdeka Strategic Development Center Sdn. Bhd. atau Merdeka Center bagi tujuan mengumpul maklum balas dari komuniti berdasarkan pengalaman sebagai pengguna dan peserta program yang dijalankan oleh PEDi...baca selanjutnya

PROGRAM CYBERTALK @SCHOOL DI SMK GUDANG RASAU

Aktiviti Terkini | 21 Jun 2023

Program CyberTalk @School yang diperkenalkan oleh pihak CelcomDigi merupakan sebuah inisiatif dalam berkongsi ilmu dan memberi kesedaran kepada pelajar sekolah akan kepentingan melayari internet secara selamat serta kesannya jika disalahgunakan dan jika digunakan secara berlebihan...baca selanjutnya

PROGRAM KAFETEEN @PEDI (LPPKN)

Aktiviti Terkini | 11 Jun 2023

Program KafeTEEN @PEDi ini merupakan sebuah program kesedaran kepada golongan remaja bagi menyebar luas Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEKERTI) di komuniti bandar dan luar bandar oleh pihak Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara, Malaysia (LPPKN)....baca selanjutnya

BOOTH KWSP DI PEDI KG PANDAN

Aktiviti Terkini | 7 Jun 2023

Program ini melibatkan pembukaan booth dari pihak KWSP di dalam PEDi yang bertujuan untuk memudahkan komuniti setempat dalam melakukan pelbagai jenis urusan yang melibatkan organisasi terbabit...baca selanjutnya

JAMUAN RAYA EIDUL FITRI 2023 PEDI KG PANDAN

Aktiviti Terkini | 12 Mei 2023

Program Jamuan Hari Raya Eidul Fitri 2023 yang telah berlangsung pada 12 Mei 2023 bersamaan dengan 21 Syawal 1444 Hijrah bertujuan memupuk semangat kesatuan dalam kalangan petugas-petugas PEDi disamping meraikan Syawal bersama para petugas dan komuniti setempat...baca selanjutnya

PERTANDINGAN PUZZLE KLIK DENGAN BIJAK

Aktiviti Terkini | 26 April 2023

Pertandingan Puzzle Klik Dengan Bijak (KDB) telah disertai oleh beberapa orang peserta dari kalangan komuniti setempat...baca selanjutnya

PROGRAM PENUTUP KELAS ICT & ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK (KDB) (DENGAN KERJASAMA PEDI KAMPUNG BALOK DENGAN KERJASAMA PEDI SEMAMBU, PEDI KAMPUNG PANDAN, PEDI FELDA BUKIT SAGU, PEDI MAHKOTA JAYA, PEDI FELDA LEPAR HILIR 1 & PEDI KAMPUNG UBAI.)

Aktiviti Terkini | 19 Mac 2023

Program ini telah diadakan secara tertutup bersama-sama peserta kelas ICT musim cuti persekolahan dan lebih kurang seramai 56 orang pelajar telah menyertai program ini...baca selanjutnya

KELAS USAHAWAN – TIKTOK SHOP (DENGAN KERJASAMA PEDI KG BALOK PANTAI)

Aktiviti Terkini | 1 Februari 2023

Kelas usahawan dengan topik TikTok Shop telah diadakan di PEDi Kg Balok Pantai dengan kerjasama PEDi Kg Pandan dan telah dihadiri seramai 5 orang usahawan setempat yang ingin menimba ilmu berkaitan TikTok Shop...baca selanjutnya

PERTANDINGAN ONLINE COLORING BERSAMA TABIKA KEMAS KG PANDAN 1

Aktiviti Terkini | 18 Januari 2023

Pertandingan mewarna secara dalam talian ini telah diadakan bersama dengan kanak-kanak Tabika KEMAS Kg Pandan 1...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti