Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Pada tahun 1957 beberapa orang telah mula meneroka kawasan dan membina penempatan baru. Mereka telah menamakan tempat tersebut dengan nama Kampung Sungai Pandan. Nama tersebut diambil sempena dengan sebatang sungai dan pokok-pokok pandan yang banyak tumbuh di persekitaran sungai tersebut.

Pada awal tahun lapan puluhan, nama tersebut dipendekkan mengikut arus pembangunan dan ditukar kepada nama baru iaitu "Kampung Pandan Satu".



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


KELAS ICT (CANVA) BERSAMA MIV 2022

Aktiviti Terkini | 17 Disember 2022

Dengan kerjasama PEDi Taman Berjaya Permai, PEDi Kg Pandan & PEDi PAKR Panching, kelas ICT dengan topik Canva telah berlangsung di PEDi Taman Berjaya Permai dan dihadiri oleh MIV serta murid-murid sekolah rendah dalam kalangan komuniti setempat. Tayangan video dan slaid Klik Dengan Bijak juga turut diselitkan bersama. Satu pertandingan mereka poster menggunakan platform Canva telah diadakan dan program diakhiri dengan penyampaian saguhati dan hadiah kepada 3 orang pereka poster terbaik....baca selanjutnya

PERTANDINGAN ONLINE COLORING & KLIK DENGAN BIJAK (KDB) BERSAMA TABIKA KEMAS FELDA BUKIT SAGU 01

Aktiviti Terkini | 10 Disember 2022

Pertandingan mewarna secara dalam talian ini telah diadakan bersama dengan kanak-kanak Tadika KEMAS Felda Bukit Sagu 01. Ianya telah dihadiri oleh seramai 15 orang kanak-kanak berserta 3 orang guru pengiring. Sebelum pertandingan berlangsung, satu sesi tayangan video KDB telah diadakan bagi memberi sedikit pendedahan tentang keselamatan siber kepada para peserta. Sebanyak 3 hasil mewarna yang terbaik telah dipilih sebagai pemenang....baca selanjutnya

KELAS ASAS FOTOGRAFI PRODUK MENGGUNAKAN TELEFON PINTAR (SIRI 2)

Aktiviti Terkini | 3 Disember 2022

Kelas Asas Fotografi (Siri 2) ini telah diadakan di PEDi Taman Berjaya Permai dengan kerjasama 5 buah PEDi yang lain iaitu PEDi Kg Pandan, PEDi PAKR Panching, PEDi Taman Berjaya Permai, PEDi Semambu dan PEDi Felda Bukit Sagu. Seramai 8 orang usahawan setempat telah hadir pada sesi kelas pada kali ini dan mereka telah mempelajari sedikit sebanyak tentang asas fotografi produk dengan hanya menggunakan telefon pintar. Para usahawan turut dapat melakukan demo fotografi diakhir sesi kelas dan satu pertandingan telah diadakan bagi gambar produk yang paling menarik dan kreatif....baca selanjutnya

BENGKEL MIV BERSAMA KOMUNITI 2022

Aktiviti Terkini | 26 - 27 November 2022

Bengkel MIV Bersama Komuniti 2022 ini telah diadakan selama 2H1M di Hotel AnCasa Royale, Pekan. Ianya telah dihadiri oleh seramai 49 orang peserta yang diwakili oleh 17 PEDi Kluster Kuantan & Pekan. Para peserta telah diberi penerangan oleh beberapa orang penceramah jemputan yang telah berkongsi pelbagai ilmu dan maklumat berkenaan dengan ICT dan e-Dagang. Sesi pembentangan juga telah diadakan mengikut kumpulan MIV yang hadir....baca selanjutnya

FB LIVE: KLIK DENGAN BIJAK (MIV)

Aktiviti Terkini | 24 November 2022

Perkongsian secara dalam talian menggunakan platform Streamyard dan Facebook telah diadakan bersama 3 buah PEDi yang lain iaitu PEDi Kg Seri Damai, PEDi PAKR Panching dan PEDi Felda Bukit Sagu yang masing-masing merupakan MIV bagi tahun ini. Antara tajuk yang telah dikongsikan ialah Oversharing, Maklumat Palsu, Penipuan Kewangan dan Keselamatan Komputer....baca selanjutnya

KELAS ASAS FOTOGRAFI PRODUK MENGGUNAKAN TELEFON PINTAR

Aktiviti Terkini | 16 Oktober 2022

Kelas Asas Fotografi ini telah diadakan di PEDi Kg Seri Damai dengan kerjasama 4 buah PEDi yang lain iaitu PEDi Kg Pandan, PEDi PAKR Panching, PEDi Taman Berjaya Permai dan PEDi Felda Bukit Sagu. Seramai 5 orang usahawan tempatan telah hadir pada sesi kelas pada kali ini dan mereka telah mempelajari sedikit sebanyak tentang asas fotografi produk dengan hanya menggunakan telefon pintar. Para usahawan turut dapat melakukan demo fotografi diakhir sesi kelas dan satu pertandingan telah diadakan bagi gambar produk yang paling menarik dan kreatif...baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI SIBER MCMC BERSAMA PIHAK INDUSTRI TELEKOMUNIKASI NEGERI PAHANG

Aktiviti Terkini | 11 Oktober 2022

Program Advokasi Siber MCMC Bersama Pihak Industri Telekomunikasi Negeri Pahang telah diadakan bersama dengan pihak Pos Malaysia dan telah dihadiri oleh kira-kira 70 orang petugas Pos Malaysia dan 15 orang petugas PEDi Kluster Kuantan dan Pekan. Sesi penerangan dan perkongsian Klik Dengan Bijak (KDB) telah disampaikan oleh Puan Haznita Mohamad Lazim iaitu wakil dari MCMC dan MycyberGenius Kuiz telah diadakan di akhir sesi tersebut. Ia turut dihadiri oleh wakil dari HTAA yang juga turut membuat perkongsian tentang “Implikasi Media Sosial dan Kesihatan Mental”. Program tersebut diakhiri dengan ucapan penutup oleh Encik Shahrizal Husin (MCMC PSO) dan gimik sambutan Hari Pos Sedunia 2022 oleh Pos Malaysia....baca selanjutnya

FB LIVE : PUSAT EKONOMI DIGITAL KELUARGA MALAYSIA (PEDI)

Aktiviti Terkini | 25 September 2022

Sesi FB Live bersama dengan 4 buah PEDi lain iaitu PEDi PAKR Panching, PEDi Kg Seri Damai, PEDi Taman Berjaya Permai dan PEDi Felda Bukit Sagu yang menerangkan tentang peranan dan fungsi Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) serta perkhidmatan dan fasiliti yang disediakan di sini.....baca selanjutnya

FB LIVE : KAFE HIPSTER & TEMPAT LEPAK MENARIK DI KUANTAN>

Aktiviti Terkini | 25 September 2022

Sesi FB Live bersama dengan 4 buah PEDi lain iaitu PEDi PAKR Panching, PEDi Kg Seri Damai, PEDi Taman Berjaya Permai dan PEDi Felda Bukit Sagu yang berkongsi maklumat tentang kafe-kafe menarik di Kuantan untuk dijadikan lokasi beramah mesra bersama keluarga dan rakan-rakan sambil menikmati menu-menu yang lazat dengan harga yang berpatutan....baca selanjutnya

BENGKEL GRAFIK & PERTANDINGAN REKA CIPTA INFOGRAFIK PERINGKAT DAERAH 2022 (KERJASAMA PEDI KAMPUNG BALOK, PEDI SEMAMBU, PEDI KAMPUNG PANDAN, PEDI FELDA BUKIT SAGU, PEDI PAKR PANCHING & PEDI TAMAN BERJAYA PERMAI.)

Aktiviti Terkini | 10 Ogos 2022

Pertandingan menghasilkan poster digital menggunakan website CANVA bertemakan kerjaya impian serta booth pameran dan aktiviti Klik Dengan Bijak oleh wakil MCMC....baca selanjutnya

FB LIVE : SOALAN LAZIM IBADAH KORBAN

Aktiviti Terkini | 20 Julai 2022

Sesi FB Live bersama dengan 4 buah PEDi lain iaitu PEDi PAKR Panching, PEDi Kg Seri Damai, PEDi Taman Berjaya Permai dan PEDi Felda Bukit Sagu yang membincangkan tentang soalan-soalan lazim berkaitan ibadah korban. Ianya bersempena dengan musim Haji dan Korban bagi umat Islam di negara ini....baca selanjutnya

WEBINAR PUPUK@SPPP BERSAMA SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

Aktiviti Terkini | 13 Julai 2022

Siri Webinar oleh pihak SSM ini telah diadakan bertujuan untuk memberi sedikit penerangan kepada para petugas PEDi berkenaan dengan usahasama SSM dalam menjayakan Program Pemerkasaan Pendigitalan Usahawan Kecil (PUPUK) yang akan memberi faedah kepada usahawan golongan B40 dan juga para pelajar IPTA/IPTS yang ingin menjinakkan diri dalam bidang perniagaan secara dalam talian...baca selanjutnya

WEBINAR PROGRAM UMP STEM @ PEDI

Aktiviti Terkini | 16 Jun 2022

Siri Webinar dari pihak UMP bersama dengan MCMC ini bertujuan untuk menerangkan tentang program yang bakal dijalankan di PEDi dengan usahasama dari pihak UMP sendiri, iaitu kelas secara virtual berasaskan STEM (Science, Technology, Engineering & Mathematics) yang mengetengahkan bahasa pengaturcaraan seperti Python, mBlock dan 3D Modelling. Selain dari itu, kelas Bahasa Inggeris juga turut diselitkan bersama...baca selanjutnya

FB LIVE : HIDANGAN HARI RAYA DAN CARA PEMBUATAN

Aktiviti Terkini | 13 Jun 2022

Sesi FB Live bersama dengan 4 buah PEDi lain iaitu PEDi PAKR Panching, PEDi Kg Ubai, PEDi Semambu dan PEDi Felda Bukit Sagu dengan tajuk iaitu Jenis – jenis Buah – Buahan Import. Sesi live ini adalah bertujuan untuk berkongsi kepada pihak komuniti antara buah – buahan import yang terkenal di dunia....baca selanjutnya

WEBINAR SKIM PEMBIAYAAN MICRO/I BSN - SEMARAK NIAGA @ PEDI

Aktiviti Terkini | 2 Jun 2022

Siri Webinar dari pihak BSN ini bertujuan untuk menerangkan tentang skim-skim pembiayaan yang ditawarkan oleh BSN serta tatacara permohonan secara atas talian. Menerusi webinar ini, petugas PEDi sedikit sebanyak dapat membantu dan berkongsi mengenai skim-skim tersebut kepada komuniti setempat....baca selanjutnya

FB LIVE : ALATAN MUZIK TRADISIONAL

Aktiviti Terkini | 20 Mei 2022

Sesi FB Live bersama dengan 4 buah PEDi lain iaitu PEDi PAKR Panching, PEDi Kg Sri Damai, PEDi Taman Berjaya Permai dan PEDi Felda Bukit Sagu dengan tajuk Alatan Muzik Tradisional adalah bertujuan untuk mengetengahkan alatan muzik tradisional yang terpilih seperti seruling, gong, angklung, gambus dan rebana. Perkongsian ini diharap sedikit sebanyak dapat membuka mata generasi masa kini akan kewujudan dan keunikan yang ada pada setiap alatan muzik berkenaan....baca selanjutnya

FB LIVE : HIDANGAN HARI RAYA DAN CARA PEMBUATAN

Aktiviti Terkini | 10 Mei 2022

Sesi FB Live bersama dengan 4 buah PEDi lain iaitu PEDi PAKR Panching, PEDi Kg Ubai, PEDi Semambu dan PEDi Felda Bukit Sagu dengan tajuk Hidangan Hari Raya Dan Cara Pembuatannya. Sesi live ini adalah bertujuan untuk berkongsi kepada pihak komuniti antara menu yang popular pada Hari Raya....baca selanjutnya

SIRI WEBINAR PROGRAM PENERIMAGUNAAN DIGITAL MDEC DI PEDI

Aktiviti Terkini | 21 April 2022

Siri Webinar dari pihak MDEC ini bertujuan untuk menerangkan sedikit sebanyak tentang penerimagunaan digital MDEC di PEDi seluruh Malaysia yang mana akan membantu para usahawan, khususnya usahawan IKS dalam meningkatkan lagi hasil jualan mereka melalui platform e-dagang....baca selanjutnya

FB LIVE : JENIS-JENIS PENIPUAN ATAS TALIAN DI PLATFORM SHOPPE

Aktiviti Terkini | 18 April 2022

Perkongsian Dari Lima Buah Pedi Iaitu Pedi Kg Ubai, Pedi Pakr Panching, Pedi Bukit Sagu, Pedi Semambu Dan Pedi Kg Pandan Berkaitan Tips Dan Jenis Penipuan Membeli-Belah Secara Online Di Platform Shopee....baca selanjutnya

SHOPEE LIVE : JUALAN PRE-LOVED BAJU KURUNG

Aktiviti Terkini | 16 April 2022

Jualan Baju Kurung Pre-Loved di platform Shopee Live bersama dengan 4 buah PEDi lain iaitu PEDi PAKR Panching, PEDi Kg Sri Damai, PEDi Taman Berjaya Permai dan PEDi Felda Bukit Sagu adalah bertujuan untuk melatih para petugas dalam memberi tunjuk ajar kepada para usahawan PEDi untuk cuba memasarkan produk mereka di platform Shopee secara live....baca selanjutnya

LIVE FB : PLATFORM - PLATFORM MAJUKAN PERNIAGAAN

Aktiviti Terkini | 20 Mac 2022

Perkongsian yang dibuat bersama PEDi Kg Ubai, PEDi PAKR Panching, PEDi Semambu dan PEDi Felda Bukit Sagu berkaitan dengan Platform - Platform Majukan Perniagaan yang membincangkan strategi memajukan perniagaan menggunakan platform Instagram, Facebook, Laman Web (Website), Shoppe & Tiktok....baca selanjutnya

LIVE FB : SEJARAH PERKEMBANGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

Aktiviti Terkini | 5 Mac 2022

Perkongsian yang dibuat bersama PEDi Kg Seri Damai, PEDi PAKR Panching, PEDi Taman Berjaya Permai dan PEDi Felda Bukit Sagu berkaitan dengan Sejarah Perkembangan Teknologi Maklumat yang membincangkan perkembangan teknologi maklumat sejak dari awal kewujudannya sehinggalah kini....baca selanjutnya

POCKET TALK CFM (CONSUMER FORUM OF MALAYSIA) X KLUSTER KUANTAN

Aktiviti Terkini | 4 Mac 2022

Perkongsian yang dibuat oleh pihak CFM kepada PEDi di bawah Kluster Kuantan yang mengetengahkan isu-isu dan Akta Komunikasi dan Multimedia (1998) berkaitan hak-hak pengguna dalam isu yang bersangkut-paut dengan bidang Komunikasi dan Multimedia...baca selanjutnya

LIVE FB : PENGASAS TERKENAL

Aktiviti Terkini | 15 Februari 2022

Perkongsian yang dibuat bersama 4 buah PEDi, PEDi Kg Pandan, PEDi PAKR Panching, PEDi Kampung Ubai, dan PEDi Felda Bukit Sagu berkaitan Pengasas Terkenal. Sesi FB Live ini membincangkan tentang empat pengasas yang terkenal di seluruh dunia....baca selanjutnya

LIVE FB : PERUBAHAN IKLIM (CLIMATE CHANGE)

Aktiviti Terkini | 12 Februari 2022

Perkongsian yang dibuat bersama PEDi Kg Seri Damai, PEDi PAKR Panching, PEDi Taman Berjaya Permai dan PEDi Felda Bukit Sagu berkaitan dengan isu semasa yang sedang hangat diperkatakan iaitu Perubahan Iklim atau Climate Change. Sesi FB Live ini telah membincangkan sedikit sebanyak tentang faktor dan cara mengatasi isu ini....baca selanjutnya

LIVE FB : KENALI RABUN WARNA

Aktiviti Terkini | 15 Januari 2022

Perkongsian yang dibuat bersama PEDi Kampung Ubai, PEDi PAKR Panching dan PEDi Felda Bukit Sagu berkaitan dengan rabun warna. Sesi FB Live ini membincangkan perbezaan antara rabun warna dan buta warna serta perkara yang berkait rapat dengannya.....baca selanjutnya

LIVE FB : BODY SHAMING

Aktiviti Terkini | 9 Januari 2022

Perkongsian yang dibuat bersama PEDi Kampung Ubai, PEDi PAKR Panching dan PEDi Felda Bukit Sagu berkaitan dengan slot KDB dengan topik Body Shaming (Ejekan Tubuh). Sesi FB Live ini serba sedikit membincangkan tentang kesan dan cara mengatasi budaya ejekan tubuh yang semakin berleluasa pada masa kini....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti